KLIK PAUTAN DI BAWAH. SELAMAT MEMBACA!:)

Teori Pembelajaran

Teori Behavioris
Teori behavioris merupakan satu teori yang memperihalkan bagaimana manusia dan haiwan belajar. Teori ini berfokuskan tingkahlaku yang bersifat objektif dan boleh diperhatikan sehingga mengenepikan aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul dan sebagainya.Pendek kata, pembelajaran dianggap semata-mata sebagai perolehan tingkahlaku baru sahaja.





Tokoh Dan Prinsip 

Broadus Watson (1878- 1958)


Beliau adalah seorang ahli psikologi yang telah mengasaskan mazbab behaviorisme berasaskan hasil kajian ke atas tingkahklaku haiwan. Eksperimennya yang terkenal adalah Little Albert .

Gerakbalas Semulajadi
Bunyi kuat (Rangsangan Tidak Terlazim) ~ ketakutan (Gerakbalas Tidak Terlazim)

Proses Berpasangan
Tikus (Rangsangan Neutral) + Bunyi kuat (Rangsangan Tidak Terlazim) ~ ketakutan (Gerakbalas Tidak Terlazim)

Berlakunya Pembelajaran
Tikus (Rangsangan Terlazim) ~ ketakutan (Gerakbalas Terlazim)


Ivan Petrovich Pavlov (1849- 1936)

Ivan Petrovich Pavlov adalah seorang ahli fisiologi, ahli psikologi dan ahli perubatan yang berasal daripada negara Rusia. Pada 1904, beliau telah dianugerah Hadiah Nobel bagi kategori Fisiologi/Perubatan atas eksperimen terkenal beliau. Dalam eksperimen ini, beliau telah berjaya melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi yang dikeluarkan oleh metronome. Hasil eksperimen ini telah mengasaskan teori behavioris dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan asas konsep pelaziman klasik pada masa kini.



Teori Pelaziman Klasik Pavlov


Beliau mendapati bahawa rembesan air liur boleh dikawal oleh rangsangan yang bukan
semulajadi (ransangan tak terlazim) - Secara semulajadi (tidak perlu dipelajari), apabila melihat makanan air liur akan dirembeskan. - Ahli psikologi menamakan rembesan air liur ini sebagai gerak balas tak terlazim. 

Pavlov dan Pelaziman Klasik 


  • pelaziman klasik dikenali sebagai pelaziman Ransangan (R) - Gerakbalas (G) di mana satu ransangan menimbulkan satu gerakbalas secara refleksif (bukan secara sukarela).
  • Contoh: jikalau anda dapati ada sesuatu objek dibaling depan mata anda, secara refleks, sudah tentu anda akan mengedip mata anda. Sebenarnya anda tidak ada pilihan atau mempunyai kawalan atas tindakan refleks tadi.
  • Konsep-Konsep Pelaziman Klasik Konsep Keterangan Ransangan Tidak Sesuatu yang mampu menghasilkan sesuatu Terlazim gerakbalas.
  • Contoh: makanan Gerakbalas Tidak Sesuatu yang dihasilkan oleh sesuatu ransangan Terlazim
  • Contoh: lelehan air liur Ransangan Terlazim Ransangan yang bam yang diberi bersama ransangan lama
  • Contoh: loceng Gerakbalas Terlazim Gerakbalas yang dihasilkan oleh ransangan bam setelah dipadankan dengan ransangan lama.
  • Contoh: lelehan air liur

Edward Lee Thorndike (1874-1949) 
 
Edward Lee Thorndike adalah seorang ahli psikologi pendidikan yang banyak menyumbangkan kepada bidang pembelajaran, pengajaran dan pengujian mental. Beliau telah merekabentuk kotak ajaib (puzzle box) yang digunakan untuk mengkaji bagaimana haiwan seperti kucing dan anjing menyelesaikan masalah. Hasil kajian Thorndike berkaitan dengan tingkahlaku haiwan dan proses pembelajaran telah terjelma Teori Connectionism yang menjadi asas psikologi pendidikan moden. 

Burrhus Frederic Skinner (1904 - 1990) 

  • B.F. Skinner adalah seorang ahli behavioris yang terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner. Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkahlaku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia. Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan anaknya di dalam Kotak Skinner.
  • Merujuk kepada satu proses yang beroperasi ke atas persekitaran. Merujuk kepada proses ini, sesuatu organisme akan menemui satu ransangan khas yang dikenali sebagai pengukuh. Pengukuh tadi sebenarnya berupaya untuk meningkatkan operan, iaitu tingkahlaku yang berlaku sebelum pengukuh diberi. Dengan kata lain, satu-satu akibat biasanya akan berikutan dengan satu-satu tingkahlaku. Dalam hal ini, harus anda ingat bahawa kecenderungan organisme untuk mengulang tingkahlaku yang sama pada masa depan sememangnya bergantung kepada akibat yang terhasil.


Teori Pembelajaran Kognitif

Tokoh dan Prinsip

Wolfgang Kohler (1887-1967)

Terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal. Beliau menjalankan kajian ke atas 5 ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan. Antara dapatan beliau ialah mengikut kebiasaan apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah, haiwan akan berusaha untuk mencari perhubungan menuju penyelesaian.



Kohler dan pembelajaran celik akal
Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama 2 batang buluh di dalam sangkar Sultan. ( tiap 1 buluh tidak cukup panjang untuk sampai ke pisang itu). Tidak lama kemudian, Sultan menyambung kedua-dua buluh itu lalu menjadi buluh yang cukup panjang untuk mencapai pisang tersebut.

Kajian lain (Kohler)
Mulanya, pisang digantung di atas sangkar Sultan. Sultan tidak berjaya mencapai pisang tersebut. Kemudian, Sultan menggerakkan sebuah kotak yang terletak di sudut sangkar sehingga kotak itu berada di bawah pisang tergantung. Sultan pun melompat daripada kotak itu lalu mencapai pisang tersebut.

Prinsip pembelajaran celik akal Kohler
Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah dengan cara yang agak mendadak. Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari dan berpegang kepada perhubungan antara dua perkara.

Jerome Seymour Bruner (1915-sekarang)

 
Beliau merupakan tokoh utama revolusi kognitif. Beliau sering dikaitkan dengan pembelajaran penemuan. Pembelajaran adalah satu proses sosial aktif. Pembelajaran berlaku mengikut 3 langkah iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat. Persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep, (mempercepat atau melambat). Murid lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemui sendiri. 



Pembelajaran penemuan Bruner

Konsep mengetahui adalah satu proses. Apabila murid diberi situasi agak kompleks, mereka akan berusaha untuk mencari penyelesaian. Pembelajaran ini menggalakkan murid menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif. Guru bermula dengan sesuatu yang khusus kemudian berakhir dengan yang umum.



David Ausubel (1918-2008)
 

Banyak mengkaji teori pembelajaran khususnya mengenai advance organizers. Ia adalah satu unit pengajaran yang dgunakan sebelum pengajaran langsung. Ia juga memudahkan pembelajaran khususnya aspek pemahaman dan mengingat kembali. 

Advance organizers
Advance organizers diklasifikasikan sebagai satu kaedah deduktif yang bermula dengan sesuatu yang umum dan berakhir dengan khusus. Guru perlu menyusun maklumat supaya murid berupaya mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Contoh Advance Organizers  ialah graphic organizer.

Ausubel dan pembelajaran bermakna
Terdapat dua proses di mana akan berlakunya pembelajaran bermakna iaitu Derivative subsumption iaitu  memerihalkan pembelajaran di mana maklumat baru yang kita pelajari adalah satu contoh konsep yang pernah kita pelajari dan proses yang kedua ialah Correlative subsumption.

Teori Pembelajaran Sosial
Tokoh dan Prinsip

Albert Bandura (1925 hingga kini) 
 
 
  1. Dikenali teori kognitif Sosial (Teori Pembelajaran Peniruan). 
  2. Faktor sosial, kognitif dan perlakuan memainkan peranan penting dlm pembelajaran.
  3. Tingkahlaku peniruan kanak-kanak terhadap permodelan.
  4.  Eksperimen terhadap murid prasekolah dan memerhati orang lain melakukan sesuatu. 
    Menurut Bandura kanak2 pelajari jantinanya dlm 3 cara:
    1. Peneguhan berlainan
    2. Melalui Kaedah pemerhatian
    3. Peniruan elisitasi-lakukan apa yg dilakukan org lain.
    Kajian Patung Bobo

    Aspek Tingkah Laku Peniruan Bandura 
    1. Secara langsung  
    2. Sekat laku/tak sekat lakuan  
    3. Elisitasi-lakukan apa yg dilakukan org lain.




    Aplikasi Teori Pembelajaran Bandura  
    1. Guru perlu menjadi role model terbaik utk pelajar  
    2. Guru perlu menjana pemikiran dan tingkahlaku pelajar melalui pelbagai aktiviti.
    3. Modifikasi tingkahlaku boleh diperoleh jika diguna guru
    4. Jadikan tokoh yg cemerlang sebagai model
    5. Gunakan simulasi @ main peranan

    Carl Ransom Rogers(1902-1987)

    3 Komponen Utama 
    1. Menerima klien tanpa syarat
    2. Empati  
    3. Kongruen (ketulenan) 
    4. Fokus kepada mengerti diri, menentu hidup dan menangani masalah.

    Sifat Orang Yang Berfungsi Sebagai Dirinya Yang Sebenar
    1. Keterbukaan pada pengalaman.
    2. Kehidupan yg nyata.
    3. Kepercayaan terhadap diri sendiri.
    4. Perasaan bebas.Kreatif.
    Intipati Teori Rogers
    1. Meningkatkan kecenderungan kendiri individu.
    2. Membantu pelajar bertanggungjawab utk menentukan perkaran yg ingin dipelajari.
    3. Meningkatkan kreativiti dan daya cipta pelajar.
    4. Mengembangkan minat dan kerjaya pelajar.
    5. Meningkatkan naluri ingin tahu pelajar