KLIK PAUTAN DI BAWAH. SELAMAT MEMBACA!:)

Model Pengajaran

Model Pemprosesan Maklumat
Model ini berfokus kepada naluri semula jadi untuk emmahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah yang sistematik dan berturutan seperti berikut:
  1. Kepekaan terhadap masalah yang timbul
  2. Pemerolehan dan penyusunan maklumat
  3. Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai
  4. Pengembangan konsep berkenaan
Pengajaran konsep
Model ini berpaksikan kepada kajian Bruner, Goodnow dan Austin.
Model ini menunjukkan cara penyampaian dan penjelasan konsep yang berkesan. cara yang dimaksudkan ialah:
Inkuiri 
Kaedah ini membantu murid melibatkan diri dalam proses penaakulan bagi mengasah kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan, serta membina seterusnya menguji konsep hipotesis. Kaedah ini lebih terjurus kepada kaedah pembelajaran bagi mata pelajaran sains.

Ekspositori 

 Kaedah ini pula hany semata-mata menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid. ia tidak menggalakkan murid untuk memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari. Sebaliknya, ia hanya memastikan bahawa mereka pelajari apa yang sepatutnya dipelajari.

Model Sistem Behavioris 
Kumpulan model ini adalah berasaskan kepada eksperiment pelaziman klasik Pavlov, Pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan juga dikenali sebagai teori pembelajaran sosial, atau modifikasi tingkah laku, terapi tingkah laku dan cybernetics.
 
"Little Albert" oleh Watson

Eksperiment pelaziman klasik Pavlov
Ekperimen ganjaran Thorndike
 Merujuk kumpulan model ini, kita mempunyai mekanisme pembetulan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi.

Pengajaran Langsung

Guru akan menyampaikan isi pelajaran secara langsung kepada murid serta menstruktur masa pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah. ia sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi mata pelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Pengajaran Masteri

  • Isi pembelajaran disusun dengan mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-muris secara individu melalui bahan atau resos pengajaran yang sesuai. oleh itu, mereka dapat belajar mengikut kadar kemampuan masing-masing.
  • Mereka akan diuji dengan berbagai bentuk ujian. sekiranya mereka masih belum menguasai mana-mana unit pengajaran, murid-murid diberi peluang untuk mengulangi unit yang berkenaan.
  • Pembelajaran masteri berasaskan andaian bahawa setiap murid berupaya untuk menguasai kemahiran-kemahiran penting yang terkandung dalam kurikulum. 
Model sosial
Antara model-model yang terkandung dalam kumpulan model sosial ialah pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi.

Pembelajaran Koperatif
Berfokus kepada perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerja kumpulan yang diutarakan oleh Salvin, dan Johnson dan Johnson. Melalui kerja kumpulan bersifat koperatif, murid-murid belajar untuk menguasai maklumat, iadea dan kemahiran yang penting di sampaing di sampaing menyelasaikan permasalahan yang timbul. Murid-murid juga dapat bersaing dalam suasana yang kondusif.


Main Peranan

Murid-murid dikehendaki berlakon watak-watak berdasarkan satu situasi hipotetikal yang telah dikenalpasti. oleh itu, mereka akan lebih peka terhadap masalah sosial yang timbul dalam kehidupan seharian, seterusnya dapat menyelesaikan masalah seperti itu. 


Simulasi
  • Menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalaui demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh murid-murid kita. 
  • Dibentuk berasaskan perihalan mengenai situasi sebenar di mana kita cuba mewujudkan satu situasi yang mirip kepada situasi hidup dalam sesi pengajaran
  • Murid akan mengambil bahagian dalam aktiviti ini sehingga mencapai matlamat pengajaran.
  • Ini dapat membantu murid-murid untuk melihat objek perwakilan yang sebenar.
 
    Contohnya, guru mengajar murid cara membedah katak. dengan membedah katak di hadapan murid-murid akan membantu murid memahami isi pembelajaran dengan lebih mendalam. Hal ini kerana murid dapat melihat sendiri kandungan dalaman katak sebelum mereka melakukan pembedahan secara individu, berpasangan atau kumpulan kecil.
Model Personal
Model yang berpegang kepada unsur keperibadian individu. ia menekankan perspektif bersifat individu serta menggalakkan sifat berdikari yang produktif demi peningkatan kesedaran kendiri dan tanggungjawab terhadap nasib masing-masing.


Synectics
Ia direka bentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain. Dalam konteks bilik darjah, murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif. Oleh itu, murid akan menjadi lebih kreatif dan bebas dari kongkongan pemikiran bersifat rigid seterusnya menggalakkan penglibatan murid secara aktif.

1 comment:

  1. Puas setelah berjaya menaip semua Model Pengajaran. Nota ini boleh digunakan untuk menambah pengetahuan semua. Mari kita sama-sama membaca untuk menimba ilmu seluas mungkin. Moga menjadi guru yang terbaik suatu hari nanti.:)

    ReplyDelete